Perak Hari Ini

Tourism Perak Yakin IIFW Mampu Tarik Pelancong Asing Ke Ipoh

Tourism Perak menyifatkan penganjuran ‘International Ipoh Fashion Week- IIFW’ mampu membawa lebih ramai pelancong antara bangsa ke negeri itu dimana ia bersesuaian dengan Tahun Melawat Perak 2017.

Pengerusi Tourism Perak, Datuk Mohd Kamil Shafie berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sebarang usaha dalam memperkenalkan negeri itu ke serata dunia dimana ia sekaligus dapat menarik kedatangan pelancong.

“Tourism Perak menyokong sepenuhnya penganjuran majlis ini dimana ia merupakan majlis fesyen yang pertama kali dilakukan di Ipoh dan sangat bersesuaian dengan Tahun Melawat Perak 2017. 

“Pelbagai usaha telah Tourism Perak lakukan, kita telah pergi ke serata dunia untuk mempromosi Perak dan program ini adalah salah satu daripada cara untuk memperkenalkan negeri ini ke peringkat antarabangsa.

“Jadi, kita mengharapkan dengan adanya program-program seumpama ini maka kedatangan pelancong antarabangsa akan meningkat dan melebihi sasaran yang ditetapkan,” katanya pada sidang media IIWF di sini, hari ini.

Mohd Kamil menambah, Tourism Perak yakin bahawa jangkaan lebih  8 juta kedatangan pelancong ke negeri itu bukan sesuatu yang sukar dicapai susulan pelbagai program termasuk IIWF telah direncanakan termasuklah pembukaan MAPS menjelang pertengahan tahun ini.

Malah katanya, penganjuran IIWF yang turut melibatkan aktiviti kebajikan bakal membuka mata ramai pihak sama ada dikalangan pereka fasyen, model mahupun orang ramai untuk menghadirinya.

“Apa yang lebih bermakna adalah, penganjuran IIFW turut melibatkan aspek-aspek kebajikan dimana dana yang diperolehi dari program ini akan disalurkan kepada Unit Pediatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pediatrik HRPB, Datuk Amar Singh menyambut baik usaha IIFW dalam melaksanakan program dan dalam masa yang sama mengutip dana bagi disalurkan ke hospital berkenaan.

Katanya, usaha itu merupakan satu pendekatan yang murni dimana ia sekaligus membolehkan jabatan berkenaan memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit-pesakit di wad pediatrik. 

IIFW bakal diadakan selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Oktober ini di Hotel Syuen Ipoh dimana ia bakal melibatkan pereka-pereka fasyen serta model antarabangsa dari Afrika Selatan, Kazakstan, China, Laos, Cambodia, Pakistan, India, Filipina, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Bagaimanapun, penganjuran IIFW turut menggalakkan penyertaan pereka fasyen serta model dikalangan anak Perak.

Sebarang maklumat mengenai IIFW boleh diperolehi menerusi laman web www.internationalipohfashionweek.com.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");