Perak Hari Ini

Tumpahan Minyak Di Stesen Janaeletrik Bersia Terkawal -TNB

KUALA KANGSAR:Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak mengesahkan kerja pembersihan tumpahan minyak di stesen Janaelektrik Sultan Azlan Shah Bersia di Gerik, sedang dijalankan dan kini berada dalam keadaan terkawal.

Pengurus Besar Bahagian Penjanaan Stesen Janakuasa Sungai Perak, Mazlan Mohd Som

Pengurus Besar Bahagian Penjanaan Stesen Janakuasa Sungai Perak, Mazlan Mohd Som yang mengesahkan kejadian itu berkata, ia adalah berpunca daripada kebocoran salah satu unit generator di stesen tersebut.

“Kita mengenalpasti pasti bahagian yang mengalami kebocoran dan ia telah memasuki kawasan sungai jadi pihak TNB telah memberhentikan unit tersebut dan segera membaikpulih bahagian yang terjejas manakala tumpahan minyak di kawasan sungai diatasi menggunakan perangkap minyak,” katanya kepada media pada majlis perasmian sistem penggera Banjir di Empangan TNB Chenderoh di Jeti Kampung Chegar Galah di sini hari ini.

Setakat semalam, pihak TNB katanya mendapati kebocoran minyak tersebut sudah berjaya dikawal dan dibersihkan menggunakan perangkap minyak dan bahan larut minyak.

“Pihak kami telah melaporkan perkara itu pada ADUN Gerik serta agensi yang berkaitan jadi tiada dakwaan bahawa kami cuba merahsiakannya daripada penduduk kampung,” katanya.

Tambahnya lagi, proses pembersihan memakan masa yang lama apabila pihak TNB perlu mengenalpasti bahagian yang mengalami kebocoran terlebih dahulu.

Pihak TNB juga katanya bercadang untuk menukarkan  penggunaan minyak kepada jenis biodegradable yang kini telah digunakan oleh beberapa stesen lain seperti di Chenderoh, Kenering dan Temenggor.

“Stesen janaeletrik di Bersia masih menggunakan minyak dalam sistem hidrauliknya dan pihak TNB bercadang untuk menukar sistem kepada sistem tersebut supaya tidak menggunakan minyak bagi mengelakkan kebocoran minyak kelak,” katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");