Isu Panas

Tun M Sempat Baca Komen Rakyat

SHAH ALAM:Pengerusi Parti Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sempat mencuri masa untuk membaca komen-komen yang dilontarkan pengguna media sosial terhadapnya biarpun mempunyai jadual harian yang padat.

Menurutnya, beliau tidak ambil hati meskipun banyak menerima komen dan sindiran pedas daripada netizen.

“Dalam orang kata saya ‘menyibuk’ hal negara, sempat lagi saya belek-belek komen saudara saudari, anak-anak Malaysia.

“Terima kasih, kurangnya saya tahu (yang memberi kritikan) bukan akaun palsu ataupun komen #RespectMyPM semata.

“Yang mana mengata komen buruk-buruk, saya maafkan, dan yang makan dedak juga masih sanggup bersekongkol dengan pencuri, saya doakan moga ALLAH buka hati saudara saudari demi Malaysia yang lebih baik,” katanya menerusi posting di Facebooknya,pada Rabu memetik sumber Sinar Harian.

Hasil perkongsian status itu dikongsikan lebih 500 kali dan meraih 14 ribu ‘likes’ daripada pengguna media sosial.

Salah seorang pengguna media sosial, Adnan Abdullah sempat meninggalkan komen di ruangan posting Mahathir.

“Assalamualaikum Tun. Kami amat kecewa dengan keadaan sekarang. Demi negara dan masa depan anak cucu,kami berdiri teguh belakang Tun. Semoga Tun dipanjangkan umur dan terus melawan pemimpin yang zalim,” luahnya.

Seorang lagi netizen, Julian Jamita I-Zam turut meluahkan rasa hormatnya terhadap usaha bekas Perdana Menteri itu yang berusaha menyelamatkan negara.

“Tun sanggup kehilangan segala jawatan dalam kerajaan malah sanggup kehilangan polis pengiring dan banyak lagi keistimewaan lain dengan tujuan mematahkan semangat Tun.

“Bagi saya, seorang pemimpin harus adil kepada masyarakat yang dipimpin kerana sikap berat sebelah boleh memecahbelahkan masyarakat.

“Namun apa yang pemimpin kita amalkan pada hari ini adalah amalan yang bertentangan dengan kepimpinan. Golongan miskin semakin miskin manakala yang kaya, semakin kaya..Adilkah ini?” soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");