Perak Hari Ini

Ulang Tahun UMNO:Bukti Masih Kukuh Dan Terus Perjuang Nasib Rakyat

IPOH: Sambutan Ulang Tahun Umno ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini pastinya akan disambut dengan meriahnya dan dinanti-nantikan oleh setiap ahlinya.

Bagaimanapun sambutan berkenaan pasti tambah bermakna apabila ia bukan sahaja diraikan malah parti keramat itu terus kukuh dan mempunyai hala tuju yang jelas dan konsisten.

Bagi wakil Pemuda UMNO,Anggun Che Sulong Shamsuri sambutan Ulang Tahun yang ke 71 bagi tahun 2017 sangat bersesuaian dengan tempoh masa yang panjang apabila UMNO matang sebagai sebuah parti tunjang kepada Barisan Nasional dalam mendukungi badan pemerintah.

“Malahan untuk tempoh sudah 7 dekad kewujudannya, UMNO telah melalui transformasi yang pelbagai. Sebagai pimpinan Pemuda, saya melihat Pemuda UMNO diwaktu dahulu penuh dengan keazaman dan lebih radikal dalam memperjuangkan sesebuah isu terutama yang berkaitan dengan permasalahan orang melayu. Namun, sejajar dengan perubahan arus masa, Pemuda kini lebih mengambil pendekatan diplomasi sesuai dengan tuntutan waktu,” katanya.

Beliau yang juga merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Malim, menjelaskan pendekatan secara radikal tidak lagi dilihat perlu, kerana kebanyakan isu ditanggani secara permuafakatan demi keutuhan dan perpaduan di negara ini.

“Mungkin ada suara-suara sinis yang mengatakan Pemuda sekarang lembik dan lesu, itu sebenarnya satu penilaian yang silap kepada kepimpinan saf Pemuda. Keazaman itu masih seperti dahulu iaitu ingin melihat orang melayu terutamanya belia melayu mendapat tempat yang lebih baik dalam kehidupan cuma, cara dan kaedah diperjuangkan itu berbeza kerana zaman dan cabaran itu tidak sama,” katanya.

Katanya walaupun 71 tahun merupakan jangka masa yang lama, tetapi UMNO menerapkan perubahan demi perubahan selaras dengan transformasi yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri. TN50 misalannya, merupakan cerminan kepada hasrat orang muda hari ini kepada apa yang mereka mahukan tatkala tiba masa mereka mengambil alih pemerintahan negara di masa hadapan kelak.

“Selain itu, ruang-ruang yang disediakan dalam GLC, pentadbiran kerajaan, swasta mahupun di dalam kepimpinan UMNO pelbagai peringkat kepada orang muda hari ini juga dilihat sesuatu tindakan matang hasil perjuangan Pemuda UMNO itu sendiri. Di platform ini mereka diberi pendedahan dan proses menimba pengalaman supaya kelak sebahagian daripada mereka ini akan mengantikan pimpinan yang sedia ada.

“Pemimpin datang dan pergi, namun UMNO terus kekal sebagai sebuah parti yang penuh dengan tradisi dalam memperjuangkan nasib orang orang melayu di bumi bertuah ini.

“Akhir kata, Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO yang ke 71. Walaupun belbagai cabaran, hinaan atau pujian yang dihamburkan, saya yakin UMNO akan kekal sebagai parti terbesar orang melayu yang mengambil Islam sebagai pegangan untuk terus memperjuang dan membela nasib kita semua dari hari semalam, hari ini, esok dan seterusnya.

“Kita warisan bangsa, yang tetap tegar melaungkan kalimah keramat HIDUP MELAYU, patah sayap bertongkatkan paruh, membujur lalu melintang patah, PEMUDA UMNO teguh sebagai barisan hadapan parti keramat ini,” katanya.

Sementara itu, bagi Ketua Puteri Umno Perak, Salbiah Mohamed, UMNO diharapkan akan terus menjadi wadah perjuangan orang-orang melayu selain menjadi platform terbaik buat anak-anak muda untuk menterjemahkan aspirasi dan kehendak mereka.

“Perjuangan UMNO yang sentiasa konsisten dari dulu hingga kini setelah 7 dekad mempertahankan Negara Bangsa semua tidak boleh menafikannya malah apa juga keaadaan perjuangan UMNO telah banyak memberi sumbangan Kepada Masyarakat melalui perjuangan pemimpin-pemimpinnya,” katanya kepada Peraktoday ketika diminta mengulas mengenai hala tuju parti itu sempena ulang Tahun UMNO esok.

Sementara itu, bagi Penolong Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Tanjong Malim, Rozilawati Ramli, harapan besar agar parti keramat itu akan terus bertahan dalam memperjuangkan nasib rakya khususnya untuk orang Melayu.

“UMNO perlu sentiasa di landasan yang benar, memberi ruang dan peluang pada pelapis muda untuk berdiri sama tinggi dalam barisan saf kepimpinan dalam meneraju parti,” katanya.

Malah jelasnya selaku anak muda dan ahli UMNO sendiri sentiasa mengharapkan UMNO sentiasa telus dalam mendukung dasar dan matlamat,bebas kontroversi iaitu menggelakkannya melalui langkah berfikir sebelum bertindak serta sentiasa kukuh dari segi perpaduan di akar umbinya.

“Selamat ulang tahun UMNO yang ke 71, semoga terus istiqomah dalam memimpin negara dan semoga aspirasi anak muda terus didengari seiring dengan laungan Transformasi Nasional (TN50),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");