Berita Hari Ini

Umat Islam Dinasihat Berhati-Hati Untuk Menderma, Elak Ditipu Sindiket

KOTA BHARU: Umat Islam di negeri ini harus berhati-hati dalam menderma kepada golongan susah di sepanjang Ramadan ini kerana dibimbangi wang yang diderma ‘masuk’ ke kantung yang salah, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata memang dalam Islam menggalakkan sedekah tetapi banyak pihak yang mengambil kesempatan setiap kali Ramadan untuk mengaut keuntungan hasil kemurahan hati orang ramai.

“Orang ramai perlu lebih berhati-hati memberikan sedekah bagi mengelak ditipu kerana banyak sindiket menggunakan wanita, orang cacat dan kanak-kanak bagi meraih simpati,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Shukri diminta mengulas kehadiran ramai peminta sedekah (sumbangan) terutama dari negara jiran yang ‘berkampung’ di negeri ini untuk meraih simpati daripada orang ramai khususnya umat Islam pada Ramadan ini.

Beliau berkata adalah menjadi perkara biasa kepada umat Islam memberi sedekah setiap kali tibanya Ramadan kerana mereka mahu memperolehi pahala bersedekah.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");