Jenayah

Ustaz Cabul Murid Sambung Reman 3 Hari

KAJANG – Reman terhadap seorang guru agama yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes cabul enam murid sekolah rendah agama Bandar Baru Bangi dilanjut tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, tempoh reman itu disambung bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut selepas tempoh reman sebelum ini yang bermula Jumaat lalu berakhir hari ini.

“Sambung reman dibenarkan selama tiga hari sehingga 18 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Jumaat lalu, suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan selepas polis menerima enam laporan berhubung kejadian kes cabul membabitkan mangsa berusia dalam lingkungan 11 hingga 12 tahun.

Semua mangsa tampil memberi keterangan dan mendakwa mereka dicabul oleh suspek ketika
berada di sekolah seliaan kerajaan Selangor itu sejak 2014.

Mangsa sebelum ini tidak memaklumkan kejadian kepada sesiapa kerana malu sekiranya ia diketahui umum serta takut dimarahi suspek.

Berikutan kejadian itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes siasat mengikut seksyen 354/377D Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");