Membawang Hari Ini

Vokalis Padi Nekad Hijrah & Hidup Bersederhana

KEBANYAKAN vokalis kumpulan popular Indonesia nampaknya sudah mula membuat haluan sendiri sejajar dengan peningkatan usia mereka selain mahu menumpukan ke arah saham akhirat pula.

Jika Pasha dari kumpulan Ungu mengambil keputusan untuk bergiat aktif dalam bidang politik dengan menjadi wakil rakyat, vokalis kumpulan Padi iaitu Fadly pula sudah beralih arah dari bidang seni dan enggan lagi terlibat dalam bidang penuh glamor dan sensasi itu.

Menurut Fadly yang popular dengan lagu Menanti Sebuah Jawaban itu, dia sudah berbincang dengan isteri dan anak-anak tentang niat dan keinginannya itu.

“Niatnya sudah ada, saya sudah beritahu anak dan isteri. Saya ingin hidup sederhana kerana saya masih seorang anak. Saya ingin berbakti kepada orang tua saya. Sejak tamat persekolahan, saya sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan ibu saya,” ujarnya lapor Merdeka.com.

Menurut Fadly lagi, rancangannya untuk berhijrah dan menetap bersama ibunya bukan kerana dirinya sudah puas menikmati dunia.

“Duniawi dari dulu saya puas. Alhamdulillah, sama seperti yang saya beritahu kepada anak, jangan jatuh cinta sama dunia, dunia itu seperti seorang janda tua. Semua yang jatuh cinta pada dia pasti akan ditelan mati dan dia akan jadi janda lagi,” katanya berfalsafah.

Fadly atau nama lengkapnya Andi Fadly Arifuddin, 42, menubuhkan Padi bersama empat rakannya iaitu Ari (gitaris), Yoyo (drummer), Rindra (bassist) dan Piyu (gitaris) pada 8 April 1997.

Padi telah menerbitkan lima buah album sepanjang kerjaya mereka iaitu, Lain Dunia(1999), Sesuatu Yang Tertunda (2001), Save My Soul (2003), Padi (2005) dan Tak Hanya Diam (2007). – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");