Perak Hari Ini

Wanita Ditahan Simpan Lebih 200 Unit Mercun

SUNGAI SIPUT:Seorang wanita ditahan kerana memiliki lebih 200 mercun pelbagai jenis di rumahnya, di sini, malam tadi.

Wanita berusia 54 tahun itu didapati menyimpan 10 jenis mercun di rumahnya di Taman Muhibbah, di sini, ketika ditahan kira-kira jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Abd Fattah Abd Rahman mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semua mercun itu untuk dijual semasa bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Berdasarkan maklumat dan siasatan dijalankan, anggota membuat serbuan di rumah wanita tersebut pada malam semalam (kelmarin).

“Selepas pemeriksaan dilakukan di rumah tersebut, anggota mendapati wanita itu menyimpan 232 unit mercun pelbagai jenis.

“Wanita tersebut kini ditahan. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000 atau kedua-duanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");