Perak Hari Ini

10.6 Juta Ahli KWSP Masih Tiada Penama Waris

TELUK INTAN: Sehingga September 2016, seramai 10.6 juta ahli Kumpuan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara ini masih tidak membuat penamaan waris.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata jumlah itu bersamaan dengan 73 peratus daripada keseluruhan 14.72 juta ahli berdaftar dengan agensi berkanun berkenaan.

Katanya, rakyat perlu tahu akan kepentingan perancangan persaraan bagi mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus atau kebergantungan kepada orang lain di masa hadapan.

“Penamaan waris adalah tanggungjawab kita terhadap orang yang kita sayangi kerana ia boleh memberikan perlindungan kewangan untuk keluarga.

 

“Bermula tahun ini, KWSP telah mempermudahkan proses membuat penamaan waris dengan hanya perlu mengisi borang KWSP-4 di mana-mana cawangan KWSP serta tidak memerlukan saksi”, katanya.

Mah juga menyaran agar KWSP senantiasa mempergiatkan publisiti tentang kepentingan penamaan waris memandangkan kesedaran tersebut masih rendah dikalangan rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan ke KWSP cawangan Teluk Intan pada Khamis.

 

Seperti tahun-tahun lalu, beliau telah melawat ke beberapa agensi kerajaan di sini  seperti KWSP, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga Air Perak (LAP), Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak (IPD) , Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan lain-lain bagi mengedar kurma serta menyampaikan Salam Ramadan kepada kakitangan kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");