Perak Hari Ini

2,000 Orang Sertai Fiesta Kacau Dodol Parlimen Larut

BATU KURAU : Fiesta Kacau Dodol yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Larut dengan Kerjasama Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Astaka Batu Kurau kali ini telah menarik lebih 2,000 penyertaan.

Fiesta kacau dodol kali kesembilan ini, merupakan yang terbesar pernah diadakan sepanjang penganjurannya.

Sebanyak 7 buah agensi di bawah kementerian berkenaan dan juga cawangan-cawangan UMNO sekitar Parlimen Larut telah mengambil bahagian mengacau 56 buah kawah dodol.

Sementara itu, Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Fiesta kali ini lebih meriah berikutan penglibatan banyak kumpulan untuk bertanding.

“Program ini adalah untuk merapatkan silaturrahim dikalangan masyarakat yang ada di Parlimen Larut ini”

“Keduanya adalah untuk membantu masyarakat kampung menyediakan makanan yang mereka paling suka pada hari raya iaitu makanan asli tradisional orang di kawasan ini iaitu dodol”

“Dari segi rasanya pun telah meningkat dan saya difahamkan peserta telah mencuba bermacam-macam resepi dan saya pon tidak pernah rasa dodol yang rasa rangup dan macam-macam jenis dodol yang mereka adunkan.

“Jadi apabila ini telahpun dijadikan salah satu tradisi kita, saya rasa pada suatu hari nanti kita mampu mengeluarkan satu produk yang mampu diketengahkan untuk menjadi satu produk  dikawasan sekitar Larut ini,” katanya ketika ditemui.

Pasukan dari wanita UMNO Bahagian Larut berjaya menewaskan 56 pasukan lain dalam Fiesta Kacau Dodol Perdana Peringkat Parlimen Larut yang diadakan di Stadium Mini Astaka Batu Kurau, malam tadi.

Kejayaan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM2,000 dan sebuah hamper yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Tempat kedua dimenangi oleh Pemuda Bukit Bertam manakala tempat ketiga menjadi milik pasukan dari Batu 14.

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");