Perak Hari Ini

50 Bapa Tunjuk Solidariti Demi Zulfarhan & T.Nhaveen

IPOH: Sempena hari Bapa Sedunia yang disambut semalam, 50 orang bapa daripada Hutan Melintang di sini tampil menunjukkan Solidariti untuk mangsa buli T,Nhaveen dan Zulfarhan Osman.

Penolong Setiausaha MIC Seri Samak, Hutan Melintang DR. M.Saravanabavan berkata perhimpunan solidariti itu bertujuan menggesa agar tindakan tegas dikenakan terhadap pembuli-pembuli T.Nhaveen dan Zulfarhan Osman.

“Sempena Hari Bapa Sedunia, biasanya seluruh dunia akan meraikannya dengan keluarga sendiri, tetapi di Hutan Melintang, saya dengan bangganya menyatakan bahawa bapa bapa Hutan Melintang telah hadir untuk menunjukkan Solidariti kepada mangsa buli T.Nhaveen dan Zulfarhan Osman dan berjuang terhadap isu buli ini yang merebak di kalangan kita pada hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya lagi, mereka sepakat menyatakan bahawa pembuli pembuli harus dibawa ke muka pengadilan dan diberi hukuman yang setimpal.

“Tidak harus ada seorang pun ibu atau bapa yang perlu meratapi kematian anaknya kerana telah dibuli dengan kejam.

“Kami di Hutan Melintang ingin membanteras wabak membuli ini dan akan memastikan bahawa insiden insiden seperti ini tidak akan berlaku di Hutan Melintang.

“Komuniti Hutan Melintang akan mengambil langkah yang konkrit untuk menangani gejala sosial ini yang meragut nyawa anak anak muda kita,” katanya.

Jelasnya lagi himpunan solidariti itu adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah berjanji bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pembuli pembuli mangsa buli.

Perhimpunan itu juga telah dihadiri oleh Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan merangkap Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia,Tan Siak Koi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");