Jenayah

Akhirnya Ditangkap

KLANG: Tiga penjenayah warga Indonesia yang melakukan samun, cabul dan merogol dengan kes terbaru pada 6 Jun lalu ditahan polis di Plaza Tol Shapadu menghala ke Shah Alam, 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, semua suspek ditahan dalam sebuah Proton Wira.

Beliau berkata, sebelum ditahan, berlaku pergelutan dengan anggota polis namun ketiga-tiga lelaki itu akhirnya berjaya ditahan.

“Siasatan awal mendapati mereka adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 20 hingga 30 tahun.

“Mereka direman mulai hari ini sehingga 20 Jun ini untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara hari ini.

Mohd Yusoff berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut terutama kejadian jenayah yang berlaku dalam tempoh 27 bulan lalu.

“Orang awam yang mempunyai maklumat kumpulan ini diminta tampil membantu siasatan.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan suri rumah berusia 34 tahun bukan saja dirompak malah dirogol penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Kampung Rantau Panjang, pada 6 Jun lalu.

Dalam kejadian 4 pagi itu, mangsa tidur di dalam bilik manakala suami dan anak lelakinya di ruang tamu.

Wanita itu dikejutkan penjenayah yang menutup wajahnya dengan kain hitam sebelum diarah menyerahkan barangan berharga dan kemudian dirogol suspek.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");