Sukan Hari Ini

Akur Kekalahan

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei (gambar) menerima secara terbuka kekalahan mengejutnya di tangan pemain India H S Prannoy pada pusingan kedua Terbuka Indonesia kelmarin.

Ketika ramai mengharapkannya mampu mempertahankan kejuaraan di kejohanan itu, Chong Wei sebaliknya dilihat rebah mudah kepada Prannoy menerusi keputusan straight set.
Namun bagi pemain berusia 35 tahun itu, adat permainan apabila seseorang atlet itu berdepan kemenangan atau kekalahan.
“Pada perlawanan dengan Prannoy saya akui memang gagal beraksi tahap terbaik.
“Tak apa, ini perkara biasa yang dihadapi. Kadang-kadang kita boleh menang dan begitu juga sebaliknya,” katanya.
Malah kekalahan mengejut di tangan lawan yang menduduki ranking ke-25 itu sama sekali tidak menggugat Chong Wei untuk bangkit selepas ini.
Pemain nombor dua dunia itu dijangka turun beraksi pada Terbuka Australia pula, kejohanan berstatus Siri Super yang bakal bermula 20 Jun ini.
“Sekarang saya mahu terus fokus kepada kejohanan akan datang,” katanya.
-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");