Sukan Hari Ini

Allianz Stadium Ganti Nama Stadium Juventus

ROME: Enam tahun selepas penubuhannya, stadium finalis Liga Juara-Juara, Juventus di Turin akhirnya diberikan nama Allianz Stadium dan nama itu secara rasminya akan digunakan bermula 1 Julai ini.

Stadium yang pada asalnya dikenali sebagai Stadium Juventus ini akan menyertai Allianz Arena (Bayern Munich, Jerman), Allianz Riviera (Nice, Perancis) dan Allianz Parque (Sao Paolo, Brazil), yang menggunakan nama firma insurans dari Jerman itu atas dasar perjanjian.

Syarikat media Itali, Calcio e Finanza (bola sepak dan kewangan) berkata, Allianz akan membayar sebanyak 3 juta euro (RM14.4 juta) setahun sehingga 2023.

Bagaimanapun, Juventus tidak akan menjana pulangan kerana pernah menjual hak penamaan stadium berkapasiti 41,000 penyokong itu kepada agensi Sportfive.

Perjanjian selama 12 tahun itu dimeterai pada 2011 dengan nilai keseluruhan 75 juta euro (RM360.2 juta), sekali gus menyaksikan Sportfive akan diberi pampasan semula sebanyak 18 juta euro (RM86.4 juta).

Stadium itu bakal dihiasi dengan logo Allianz di kawasan strategik terutamanya di teres utara dan selatan stadium.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");