Membawang Hari Ini

Ani Mayuni Bersyukur Masih Terima Tawaran Untuk Buat Persembahan

Penyanyi dangdut Ani Mayuni bersyukur kerana masih banyak menerima tawaran untuk mengadakan persembahan biarpun kurang dikenali generasi muda.

Ani atau nama asalnya Aishah An Nur Osman, berkatasekarang bukanlah masa untuk dia mengejar populariti sebagai seorang selebriti.

“Alhamdulillah, rezeki untuk saya mengadakan persembahan masih ada walaupun saya sudah lama tidak muncul dengan lagu baru.

“Sekarang bukannya lagi masa untuk saya kejar populariti kerana saya sudah berada dalam industri selama 25 tahun.

“Macam-macam perkara saya sudah lakukan bermula daripada bergelar penyanyi, berlakon, mengacara dan terlibat dalam pementasan teater.

“Walaupun masa saya telah berlalu namun saya bersyukur kerana masih ramai lagi yang ingat dan kenal dengan saya,” katanya ketika ditemui pada  Majlis Berbuka Puasa Indigital Sdn Bhd dan program Ramadan Muzik-Muzik di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bercerita mengenai bulan Ramadan, Ani berkata, dia bersyukur kerana diberi kepercayaan mengendalikan majlis berbuka puasa di Hotel Royal, Kuala Lumpur bersama Kelly Azman.

“Inilah masa untuk saya beramah mesra dengan peminat dan mereka boleh datang untuk berbuka puasa sambil mendengarkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh saya,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");