Membawang Hari Ini

Barack Obama Dedah Jantina Anak Kembar Beyonce, Jay Z?

Selebriti terkenal Beyonce Knowles dilaporkan telah selamat melahirkan bayi kembar minggu lalu, di sebuah hospital di Los Angeles.

Berita gembira tersebut disahkan oleh Mathew Knowles menerusi Twitter dan Instagram.

“Mereka telah lahir! #beyonce #twins #jayz #happybirthday,” tweet Mathew Knowles.

Bagaimanapun baik Beyonce mahupun Jay Z masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi.

Berita Beyonce bersalin mula heboh selepas kelibat Jay Z di lihat berada di sebuah hospital Los Angeles bersama anak pertama mereka, Blue Ivy.

Beyonce secara peribadi mengumumkan bahwa dirinya mengandung bayi kembar pada bulan Februari. Pengumuman tersebut diuat menerusi Instagram dan mendapat lebih 8 juta ‘likes’ dalam tempoh 24 jam, dan sekaligus mencatat Guiness World of Records sebagai posting dengan ‘like’ terbanyak dalam sejarah.

Sementara itu Barack Obama baru-baru ini memuat naik video ucapan tahniah kepada Jay Z kerana kejayaannya sebagai artis hip-hop pertama yang tersenarai dalam Songwriters Hall of Fame.

Dalam kesempatan tersebut, Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu seolah-olah memberi ‘gambaran’ mengenai jantina anak pasangan selebriti berkenaan.

Dalam video tersebut, Obama berkata, dia memiliki banyak persamaan dengan Jay Z. Salah satunya adalah mereka sama-sama sangat menyayangi anak perempuan mereka.

“Saya dan Jay sama-sama sangat mencintai anak perempuan kami. Walaupun nantinya, dia akan mengalahkan saya selepas si kembar lahir,” ujarnya yang memiliki dua cahaya mata perempuan iaitu Sasha dan Malia.

Ucapan Obama tersebut seakan sengaja mengatakan beliau akan kalah dari segi jumlah anak perempuan jika anak kembar Jay Z adalah perempuan.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");