Berita Hari Ini

Bersahur Itu Penting – Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, meskipun sibuk dengan jadual yang padat setiap hari, beliau tidak pernah terlepas untuk bersahur bersama keluarga.

Perdana Menteri berkata, bersahur bersama dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan walaupun dalam masa yang singkat dengan mengambil peluang bercerita akan perihal masing-masing.

Najib berkata, banyak masa diperuntukkan untuk kerja rasmi yang memerlukannya menghadiri program tidak kira siang atau malam termasuk hujung minggu.

Sehubungan itu, katanya, beliau kurang berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga, tetapi bersahur sering dilakukan ketika ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein masih ada dahulu.

“Ketika kecil dahulu, saya sering diingatkan untuk tidak terlepas bersahur kerana ia di anggap sebagai sarapan, juadah yang penting untuk kesihatan.

“Bagi saya, sahur ini penting sebagai sumber tenaga supaya kita kekal produktif sepanjang masa.

“Berpuasa tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi kurang produktif kerana sesungguhnya kita mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan sama ada sebagai pelajar, pekerja, anak mahupun ibu atau bapa, ” katanya dalam catatan di blog www.najibrazak.com, hari ini lapor Berita harian.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan masyarakat terutama umat Islam supaya tidak ambil mudah amalan bersahur. Katanya, umat Islam diajar bahawa bersahur hukumnya adalah sunat.

“Nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban bersabda; (Makanan) Sahur itu seluruhnya adalah berkat, maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah dan para malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.

“Insya-Allah, bersama-samalah kita mencari keberkatan Allah SWT dengan amalan bersahur ini. Nescaya kita akan terus diletakkan dalam perlindungan-Nya, ” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");