Isu Panas

Boleh Kerjasama Tapi Dengan Syarat…

KOTA BHARU – Pas tidak menolak kemungkinan sedia menjalinkan kerjasama dengan PKR dan Bersatu sekiranya kedua-dua parti itu meninggalkan Pakatan Harapan.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, untuk bersama, PKR dan Bersatu perlu menghentikan kerjasama mereka dengan dua seteru utama Pas iaitu Amanah dan DAP.

“Kita membuka ruang pada semua kecuali DAP dan Amanah sahaja. Kita yakin tiga parti ini (Pas, PKR dan Bersatu) jika bergabung potensi untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) semakin cerah,”katanya kepada media di sini lapor Sinar Harian.

Beliau hadir Majlis Dialog dan Berbuka Puasa Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Pengamal Media di Hotel Grand River View di sini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan barisan Exco kerajaan negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");