Membawang Hari Ini

Bukan Senang Untuk Kekal Dalam Industri Hiburan – Zarul

Bagi mengekalkan nama dalam industri hiburan tanah air, seseorang artis harus berfikir ke depan dan mempunyai perancangan yang rapi agar namanya akan terus kekal relevan.

Perkara itu diakui oleh penyanyi Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 44.

Malah Zarul bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berada dalam industri.

“Alhamdulillah, sekarang ini kerjaya saya berjalan dengan lancar dan saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berada dalam industri.

“Dunia seni ada turun naiknya dan saya sedar tentang perkara itu.

“Jadi saya kena pandai menyusun strategi untuk kekal dalam industri yang sentiasa mempunyai banyak bakat baharu.

“Saya cuma harus kekalkan momentum saya sekarang ini agar dapat terus bernafas dan merebut peluang yang diberikan,” katanya baru-baru ini.

Tambah Zarul, dia tidak mahu terlalu selesa dengan kejayaannya sekarang ini dan bersyukur rezekinya sentiasa dipermudah.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang ada sekarang ini dan berharap agar dapat mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");