Berita Hari Ini

Cadangan GST 6% Untuk Lebih 60 Makanan Dibatalkan

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada Isnin mengumumkan pembatalan cadangan kerajaan untuk mengenakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 makanan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Subromaniam Tholasy berkata pembatalan itu dilakukan selepas perbincangan dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan tersebut.

Jelas beliau, laporan media itu merujuk kepada Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun lalu.

“JKDM telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya P.U (A) 162 Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No.2) 2017 dibatalkan.

“Justeru JKDM memohon kerjasama semua pihak supaya mengambil maklum tentang perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Subromaniam dipetik sebagai berkata lebih 60 barang makanan akan dikenakan GST termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi berkuat kuasa 1 Julai ini.

Makanan laut seperti ikan belut, ikan todak, jagung, sayuran sejuk beku, buah-buahan import (avocado, apricot, anggur, ceri, buah pic, plum) buah tin dan marjerin akan tertakluk kepada GST 6%.

Kerajaan memperkenalkan GST 6% ke atas barangan dan perkhidmatan pada April 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");