Jenayah

Dah Tinggalkan Marawi

BEKAS pensyarah Universiti Malaya, Dr Mahmud Ahmad dipercayai melarikan diri dari Marawi, Filipina bersama Ketua Kumpulan Daish Asia Tenggara, Isnilon Hapilon.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menafikan berita Mahmud terbunuh dalam pertempuran di Marawi berkata, dia dipercayai masih hidup dan sudah melarikan diri bersama Isnilon.
Beliau berkata baru sahaja mendapat maklumat daripada rakan setugasnya di Filipina bahawa berita yang menyatakan Mahmud terbunuh adalah tidak benar.
“Berkenaan dengan Dr Mahmud, dia masih hidup. Saya maklumat bahawa dia sudah melarikan diri bersama Isnilon,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Ketua Polis Negara di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman, hari ini.
Khalid sebelum ini yang pernah menafikan berita kematian Mahmud menyatakan dia masih lagi berada di Marawi City bersama-sama dengan kumpulan pengganas mempertahankan Marawi.
Berdasarkan stesen radio Filipina DZBB, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyatakan usaha menahan Isnilon pada 23 Mei lalu gagal apabila dia gagal dikesan di kawasan Marawi.
Katanya, Isnilon yang dikehendaki kerajaan Amerika Syarikat malah dilabelkan sebagai orang paling dikehendaki sudah kehilangan ramai orang kanan dalam kumpulannya akibat serangan tentera Filipina memerangi Daish di Marawi.
-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");