Perak Hari Ini

Debat Elango Dan Kesavan Perlu Bawa Isu Rakyat Bukannya ‘Undi Hantu’

Penolong Setiausaha MIC Seri Samak, Hutan Melintang, Dr.M.Saravanabavan menyifatkan tindakan pembangkang yang membawa isu ‘Undi Hantu’ untuk berdebat sebagai sesuatu yang tidak perlu dan hanya membuang masa.

Katanya, AMK tidak seharusnya mencabar Pengerusi Badan Perhubungan MIC Perak, Dato V.Elango untuk berdebat dengan Adun Hutan Melintang, S.Kesavan tentang isu itu sebaliknya perlu membangkitkan hal-hal berkaitan rakyat.

“Siasatan harus dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan pihak pihak berkuasa.

“Ini tidak seharusnya menjadi sebab untuk memanggil Dato V.Elango untuk berdebat.  Perdebatan yang seharusnya diadakan adalah mengenai apa yang diperlukan oleh rakyat Hutan Melintang?

Saravanabavan menambah, rakyat Hutan Melintang memerlukan dasar-dasar dan polisi polisi yang baik dan visi untuk pembangunan sosio ekonomi kawasan itu.

Malah jelas beliau, sepanjang 8 tahun lalu, tidak ada polisi jelas yang telah dibentangkan oleh parti pembangkang untuk Hutan Melintang.

“Itulah apa yang diperlukan untuk Hutan Melintang, satu forum atau perdebatan mengenai dasar-dasar sosio-ekonomi dan bukannya satu debat mengenai pengundi hantu.

“Perdebatan yang diadakan tidak harus semata mata untuk publisiti sebelum PRU14.  Penuduhan tanpa bukti dan pembunuhan perwatakan (character assassination) tidak harus dilakukan oleh kedua kedua pihak.

Justeru beliau menegaskan, sekiranya AMK mahu Kesavan berdebat maka diingatkan agar membahaskan apa yang ingin beliau lakukan untuk masyarakat Hutan Melintang.

Malah katanya, AMK sepatutnya mencadangkan kedua-dua pemimpin itu berdebat mengenai faktor-faktor sosio-ekonomi dan dasar dasar yang memberi kesan kepada masyarakat Hutan Melintang.

“Saya sedia berdebat dengan YB Kesavan di Hutan Melintang jika isunya untuk rakyat di sini.

“Tidak salah untuk anda mempunyai cita-cita tetapi apa yang anda menyumbang kepada rakyat di Hutan Melintang? Apakah matlamat anda dan bagaimana anda akan meningkatkan taraf hidup penduduk Hutan Melintang?

“Mengapa tidak ingin berdebat mengenai isu-isu ini,  adakah kerana mereka tidak mempunyai visi atau idea  untuk apa yang perlu dilakukan?

“Adakah kerana cita-cita politik lebih penting daripada dasar dasar yang membawa kebaikan kepada masyarakat Hutan Melintang?

Sehubungan itu, Saravanabavan berharap Kesavan dapat menerima cabaran beliau untuk berdebat mengenai isu-isu penting di Hutan Melintang dan mengambil peluang ini untuk menyampaikan dasar dasar kepada masyarakat di kawasan itu.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");