shadow

PENJAGA GOL sensasi AC Milan, Gianluigi Donnarumma menerima ugutan bunuh ketika dia masih berunding tentang lanjutan kontrak bersama kelab gergasi Itali itu.Dakwaan itu dinyatakan oleh ejennya, Mino Raiola selepas AC Milan mengumumkan bahawa penjaga gol berusia 18 tahun itu mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak bersama Rossoneri melebihi 2018.

Dengan tawaran sebanyak 5 juta euro (RM23 juta) setahun, Donnarumma dilabel sebagai ‘watak jahat’ kerana menolak tawaran itu, tetapi Raiola menegaskan bahawa situasi sebenar semakin kompleks.

“Kami diugut, Milan kehilangan Donnarumma. Saya bertanggungjawab atas pilihannya.

“Donnarumma diancam, begitu juga keluargannya. Ugutan bukan perkara main-main lebih-lebih lagi melibatkan ugutan bunuh.
Penjaga gol berbakat besar itu menarik minat kelab gergasi Eropah termasuk Real Madrid, Manchester Unite dan Chelsea selepas tampil cemerlang bersama AC Milan pada musim lalu

-MSTAR

Komen & Pendapat