Jenayah

Empat Dituduh Bunuh Lelaki

ALOR SETAR: Empat individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki, akhir bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibaca secara bersama di hadapan Majistret, Noor Farah Hazwani Osman.

Ketika pertuduhan dibaca, tiga tertuduh lelaki kelihatan tenang manakala tertuduh wanita dilihat menitiskan air mata.

Farah Waheda Abu Bakar, 21; Mohd Shahrul Ikhwan Shahbani, 22; Hor Yong Wei, 23; dan Chee Woie Yong, 29, bersama lima orang yang masih bebas, didakwa dengan niat bersama menyebabkan kematian ke atas Mohamad Fisol Abu Bakar, 31.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Plaza Sentosa, Jalan Putra, dekat sini, kira-kira jam 4 petang, 28 Mei lalu.

Sehubungan itu, mereka dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed Riyaluddin, manakala tertuduh ketiga iaitu Yong Wei diwakili peguam, Pyara Singh dan tertuduh keempat, Woie Yong pula diwakili peguam, Lim Wei Yong.

Mahkamah menetapkan 25 September ini bagi sebutan semula kes.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");