Jenayah

Enam Laporan Polis Dibuat Terhadap Papa Gomo

KUCHING: Sebanyak enam laporan polis telah dibuat terhadap blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo.

Laporan tersebut dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik ekoran status dan video di laman Facebooknya yang menggunakan nama ‘Sir Azri’ seoah-olah sengaja mengada-ada cerita, menghasut, memfitnah serta memutar belit fakta tanpa usul periksa dalam isu antara Menteri Perlancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Antara lain laporan yang disebut meminta pihak polis supaya mengambil tindakan terhadap Papa Gomo yang cuba menyentuh sensitiviti perkauman dan berbaur hasutan dan sengaja mengapi-apikan antara kedua-dua belah pihak hingga mampu memecah belahkan keharmonian.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan sebanyak enam laporan polis telah dibuat di sekitar Kuching, Kota Samarahan, Lundu dan Sibu.
-SARAWAKIANA
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");