Sukan Hari Ini

Fokus Aksi Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Pelari pecut 100 meter wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli tidak mahu terlalu memikirkan mengenai status rekod kebangsaan 11.45 saat yang diciptanya Mac lalu kerana ada misi lebih penting yang perlu diberi perhatian.

Menurut pelari dari Alor Setar itu, apa yang penting ketika ini adalah untuk fokus kepada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos ini.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan sangat mengenai perkara itu.

“Jika ia tidak diiktiraf mungkin bukan rezeki saya dan saya akan cuba lagi untuk buat yang terbaik selepas ini.

“Tapi saya percaya itu adalah rekod dan ramai yang melihat video saya berlari dan mereka boleh nilai sendiri mengenai perkara itu,” katanya.

Terdahulu, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengumumkan status rekod Zaidatul kini ‘tergantung’ dan masih belum boleh diiktiraf sebagai rekod kebangsaan selepas tidak menerima sebarang pengesahan daripada penganjur Kejohanan ASA Speed Series 2 di Bloemfontein, Afrika Selatan.

Mengukuhkan keadaan itu, catatan masa yang dilakukan oleh Zaidatul juga tidak terdapat dalam senarai Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF).

Tegas Zaidatul, buat ketika ini dia menyerahkan saja perkara itu kepada mereka yang bertanggungjawab.

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");