Berita Hari Ini

Had Laju Diturunkan Pada Musim Perayaan

SEREMBAN – Kementerian Kerja Raya akan mewartakan penurunan had laju bagi Jalan Persekutuan kepada 80 kilometer sejam (km/j), manakala bagi Jalan Negeri kepada 70 kilometer km/j berkuatkuasa 18 Jun hingga 2 Julai ini.

Sementara kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan bagi Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan lebuh raya juga akan dihentikan.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan risiko dan jumlah kemalangan selain memastikan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan ini.

“Bagaimanapun kerja-kerja kecemasan dan kritikal dikecualikan. Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga telah menubuhkan pasukan peronda bagi memantau kemalangan dan sebarang kerosakan jalan selain memastikan kerja-kerja kecemasan dilakukan segera.

“Jadi memandulah secara berhemah, patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya. Ingatlah kita nak balik berhari raya, bukannya berduka dan bersedih kerana ada orang disayangi terlibat kemalangan” katanya ketika berucap merasmikan program ‘Coffee Break’ sempena Aidilfitri di Stesen Minyak Petronas Jalan Seremban-Kuala Pilah pada Khamis lapor Sinar Harian.

Hadir sama pada majlis tersebut,Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, Ketua Setiausaha KKR, Datuk Sri Zohari Akob, Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Ismail Md Salleh dan Pengarah JKR negeri Datuk Abdul Karim Mohd Tahir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");