Sukan Hari Ini

Hadiah Syawal Untuk Rakyat Malaysia – Van Huizen

“KEJAYAAN buat rakyat Malaysia”, itu komen ketua jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen selepas anak buahnya mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2018 selepas menewaskan India, 3-2 pada kelompok lapan terbaik separuh akhir Liga Dunia.

“Tahniah buat setiap pemain-pemain yang beraksi, ia merupakan kemenangan sangat berharga sekaligus layak ke Piala Dunia tahun hadapan,” kata Van Huizen.

Malaysia mencipta kejutan terbesar kejohanan selepas menumbangkan India selaku juara Asia.

Semua pemain beraksi cemerlang untuk membawa Malaysia meraih tiket Piala Dunia 2018 dan hampir layak ke final Liga Dunia, hujung tahun ini.

Itu membuatkan mereka layak diberi pujian di Stadium Hoki Lee Valley.

Pertahanan, Muhammad Razie Abd Rahim membuka tirai jaringan menerusi gol pembukaan pada minit ke-19.

Penyerang, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil melebarkan kedudukan Malaysia dua minit kemudian.

Bagaimanapun, India merapatkan kedudukan menerusi dua jaringan pantas daripada Harmanpreet Singh pada minit ke-22 dan 24.

Malaysia lebih agresif selepas rehat untuk dihadiahkan dua pukulan sudut penalti.

Razie memastikan kemenangan menerusi tolakan kencang di separuh masa kedua untuk mengesahkan tiket Piala Dunia 2018.

Namun, India mendakwa mereka yang patut ke separuh akhir.

“Pasukan yang salah menang, itu jelas kerana selepas kami ketinggalan 2-0, kami menguasai sepenuhnya perlawanan. Namun kami tidak manfaatkan sepenuhnya peluang, dan kami tidak peroleh lebih banyak peluang,” kata pengendali India, Roelant Oltmans.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");