Membawang Hari Ini

Hael Kekasih Gelap Saya – Indah Ruhaila

Penyanyi Indah Ruhaila mengakui bahawa Hael merupakan kekasih gelapnya kerana mereka sering keluar bersama.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 30, berkata, dia selesa berkawan dengan Hael dan mereka sering keluar bersama untuk bertukar pendapat.

“Hael merupakan kekasih gelap saya kerana kami akan sentiasa mencari masa untuk keluar bersama ketika mempunyai masa terluang.

“Dia juga merupakan seorang insan yang sering mendengar masalah yang dihadapi oleh saya dan kami banyak berkongsi minat yang sama.

“Hael akan datang memberi sokongan jika saya melakukan persembahan dan saya juga akan melakukan perkara yang sama juga untuk menemaninya.

“Meskipun kami agak rapat serta sering bersama namun sebagai kawan baik kami tahu batas diantara satu sama lain,” katanya yang ditemui ketika rakaman program Bas Ria Khas Ramadan baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");