Sukan Hari Ini

Hafiz Serasi Beraksi Di Samping Leandro

KUALA LUMPUR: Walaupun baru dua minggu berlatih bersama, pemain tengah, Hafiz Kamal berasa kian serasi bergandingan dengan import baru Perak Leandro Dos Santos Oliviera.

Malah, berdasarkan persembahan Leandro dalam sesi latihan serta perlawanan persahabatan, Hafiz yakin pemain import Brazil itu mampu membawa perubahan positif kepada Bos Gaurus.

Ia sekali gus turut mempengaruhi corak permainan Hafiz sendiri yang kian meningkat selepas aksi tidak konsisten sebelum ini.

“Sebagaimana kebanyakan pemain Amerika Latin terutama dari Brazil, Leo memiliki skil permainan tinggi dengan kawalan bola kemas.

“Malah, dia mempunyai kepakaran membuat hantaran tepat kepada rakan di samping mampu bermain secara agresif.

“Sejak kehadirannya, saya berasa sangat selesa serta berkeyakinan tinggi mengemudi bahagian tengah. Saya dapat rasakan peningkatan dalam permainan sendiri sejak berganding bersamanya,” katanya.

Menurut Hafiz, buat masa ini jurulatih, Mehmet Durakovic masih mencuba beberapa gandingan di bahagian tengah yang turut membabitkan Nasir Bashiruddin.

Namun bagi Hafiz, jika diberi kepercayaan, dia yakin dapat memperagakan persembahan lebih baik kali ini berbanding aksi pusingan pertama Liga Super lalu.

Selain Leandro, Perak kini mengharapkan seorang lagi import baru, Gilmar Jose da Silva Filho untuk memperbaiki kedudukan mereka yang menghuni tangga keempat dengan 18 mata.
-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");