Sukan Hari Ini

Hamilton Mahu Henti Aksi ‘Rollercoaster’

PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton berharap dia dapat mengurangkan aksi ‘rollercoaster’ selepas permulaan tidak konsisten bagi perlumbaan musim ini.Hamilton kini berada di belakang pelumba Ferrari, Sebastian Vettel (141 mata) dengan 129 mata keseluruhan dalam tujuh perlumbaan termasuk kemenangan ketiga musim ini di Grand Prix Kanada sekaligus merapatkan jarak dalam dua perlumbaan sukar seperti di Sochi dan Monaco.

Selain di Kanada, Hamilton turut meraih kemenangan di Grand Prix China dan Sepanyol sebelum ini.

Juara dunia tiga kali itu memberitahu, masih sukar untuk melihat jentera W08 bekerja dengan penuh potensi dan ianya ujian kepada Mercedes.

“Bagi kami, setiap minggu adalah cabaran dalam memastikan jentera berada dalam keadaan yang diinginkan.

“Namun saya yakin kami telah mempelajari banyak berdasarkan pengalaman dari Monaco dan Kanada.

“Saya yakin kami akan meneruskan persaingan dan tidak mahu melihat keputusan tau prestasi seperti rollercoaster lagi,” ujarnya Hamilton.
-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");