Berita Hari Ini

Hubungan Dua Hala Malaysia-Jepun Berpotensi Besar – PM

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jepun akan meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik tahun ini.

Najib yang memberikan contoh usaha sama Malaysia-Jepun memetik projek BBCC yang berjaya menarik kumpulan hartanah utama dari Negara Matahari Terbit itu, Mitsui Fudisan Co Ltd, yang akan melabur dalam projek mega gedung beli-belah bernilai RM1.6 bilion.

Terletak di kawasan seluas 7.85 hektar di tapak bekas Penjara Pudu, BBCC mempunyai nilai pembangunan kasar RM8.7 bilion.

Ia mengandungi gedung membeli-belah, hab hiburan, hotel empat bintang, dua blok pejabat strata, dan lima blok pangsapuri perkhidmatan dan menara 80 tingkat satu dalam tiga yang menempatkan pejabat korporat, hotel lima bintang dan kediaman mewah.

Fasa satu, yang melibatkan 50 peratus daripada projek itu, dijadual siap pada Disember 2020.

Najib berkata BBCC bersama-sama Mitsui Mall merupakan satu lagi model hasil kejayaan Program Transformasi Ekonomi Malaysia yang sudah membuahkan hasil dari segi menarik pelaburan asing.

Beliau berkata Jepun sudah pun merupakan antara pembeli utama asing yang membeli unit kediaman di projek BBCC tersebut.

“Malaysia kekal sebagai destinasi persaraan utama bagi masyarakat Jepun, hasil daripada persekitaran ekonomi dan politik yang stabil, cuaca yang tenang dan standard kediaman mampu milik,” katanya.

Sebagai sebuah negara yang terbuka dan pelbagai, Najib berkata Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang menarik.

“Kami menyambut baik pelaburan langsung asing, tanpa mengira sama ada dari Jepun, China, Arab Saudi. Amerika Syarikat atau Singapura.

“Jika anda antara lain menambah nilai kepada ekonomi Malaysia, menyediakan lebih banyak pekerjaan, membawa masuk teknologi baharu dan menambah kepada nilai eksport, anda sememangnya disambut baik untuk melabur di negara ini,” kata Perdana Menteri.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");