Sukan Hari Ini

Hyun Woo Perkasa PKNP

Ipoh: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC mengikat penyerang dari Korea Selatan, Kim Hyun Woo bagi memperkasa pasukan itu dalam baki kempen Liga Perdana musim ini sekali gus melengkapkan pasukan dengan empat pemain import.

Hyun Woo berjaya menambat hati ketua jurulatih Abu Bakar Fadzim selepas menilai kemampuan pemain itu.

PKNP sebelum ini hanya bergantung kepada tiga awang import iaitu Vincent Weijl, Gilberto Valdenesio dan Ritus Krjauklis di pusingan pertama.

“Selama ini kami hanya beraksi dengan tiga import dan ternyata ia merugikan terutama apabila bertemu pasukan yang menggunakan empat pemain luar,” katanya.

Hyun Woo, 28, kali terakhir mewakili kelab Myanmar, Shan United.

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");