Perak Hari Ini

Isu Beras Plastik: Rakyat Digesa Jangan Panik Dan Percaya Berita Viral

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin meminta pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab supaya tidak menularkan isu beras plastik yang dikitar semula kerana ia telah menyebabkan rakyat di Negara ini mula panik.

Menurut beliau, isu beras plastik yang diviralkan netizen sebenarnya adalah isu lama yang dikitar semula.

“Saya nak bagi tahu ramai rakyat, apabila dapat berita-berita macam ini mereka mula panik dan kecoh. Padahal ini isu lama sebab pihak kementerian telah menyiasat perkara ini banyak kali dan memang tidak ada beras plastik yang dibawa masuk ke nagara kita.

“Agensi yang bawa beras adalah BERNAS, ia bukan suka-suka hati boleh dibawa masuk tanpa pengurusan yang cekap. Saya yakin dan selama ini BERNAS tidak pernah mengecewakan dimana mereka telah melaksanakannya dengan begitu baik,” katanya.

Hamzah menambah, pihak kementerian sebelum ini telah membawa sampel beras untuk dianalisis statusnya bagi membuktikan khabar angina yang diviralkan oleh netizen itu adalah palsu.

Katanya lagi, analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan itu ternyata membuktikan sampel beras yang masuk ke Negara adalah tulen dan bukan seperti apa yang digembar-gemburkan.

“Kita dah siasat banyak kali isu ini memang tidak ada beras yang dibawa masuk adalah beras plastic, sebab itu saya katakan isu ini adalah isu lama tapi sebab dah timbul balik maka kita pun ambil contoh-contoh untuk diberikan Kementerian Kesihatan bagi membuat semakan dan analisa.

“Malah, KPDNKK ada membuat pengumuman bahawa  tidak ada beras plastik yang masuk ke negara kita.

Justeru beliau menggesa rakyat agar tidak panik dengan isu berkenaan dan jika terdapat maklumat yang menyatakan perkara itu wujud maka ia boleh dilaporkan kepada KPDNKK.

Terdahulu, Hamzah ditemui di Majlis Penyampaian Agihan Wang Zakat Kepada Asnaf Parlimen Larut, disini, hari ini.

Seramai 1,500 orang asnaf menerima agihan wang zakat sebanyak RM 150 seorang dari Bank Rakyat.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");