Perak Hari Ini

Jangan Terlibat Dengan Fitnah Terbuka-DS Zambry

TAIPING:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meraikan kira-kira 700 anggota serta pegawai tentera pada majlis berbuka puasa di Kem Town Barrack, di sini hari ini.

Turut hadir Panglima 2 Bridged Infantri, Bridged Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar, Datuk Shalimin dan Pegawai Daerah Larut, Matang, Selama, Datuk Kamarudin Awang.

Zambry dalam ucapan ringkasnya turut menasihati semua pihak agar tidak mendekati fitnah secara terbuka iaitu melalui media sosial.


“Fitnah terbuka di Facebook, WhatApp, di laman sosial sangat dekat dengan diri kita untuk melakukan dosa apabila berkongsi maklumat yang tidak sahih,” katanya.

Tambahnya di akhir Ramadhan ini umat Islam disaran mempertingkatkan amalan dan memohon keampunan dari tuhan dari segala dosa yang dilakukan.

“Kita perlu memohon agar tuhan mengampunkan dosa kita dan menjadikan kita manusia yang lebih baik,”katanya.

Selepas berbuka, majlis disusuli dengan solat Maghrib, Isyak serta solat sunat tarawih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");