Jenayah

Jari Telunjuk Hampir Putus

SEORANG kru bot warga China hampir putus jari telunjuk kanan selepas dihempap kabel ketika bekerja di bot nelayan di perairan Selat Melaka antara sempadan Malaysia-Indonesia, petang semalam.

Kejadian dilaporkan pada 5 petang semalam, sewaktu mangsa berusia 57 tahun dari Shadong, China sedang mengangkat barang sebelum tiba-tiba dihempap kabel.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Kapten C Sehgar berkata, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dimaklumkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk operasi bantuan.

Beliau berkata, seramai lima pegawai dan anggota APM bersama sebuah ambulans bergegas ke Jeti Pangkalan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban untuk operasi menyelamat.

“Mangsa tiba di Jeti Pangkalan Polis Marin Wilayah Satu pada 5.35 pagi tadi. Pemeriksaan awal mendapati jari telunjuk kanan mangsa hampir putus sebelum diberikan rawatan kecemasan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");