Perak Hari Ini

Jeti Baru Bakal Dibina Bagi Bantu Perjalanan Baikpulih Ex KD Rahmat

LUMUT: Kerajaan negeri akan membina sebuah jeti khas bagi membantu proses baikpulih sepenuhnya kapal muzium Bekas Kapal Diraja (Ex KD) Rahmat yang sebelum ini hampir tenggelam dan senget di pesisir Marina Waterfront.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu akan dijalankan selepas perbincangan antara jawatankuasa pengurusan khas dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kerajaan negeri.

“Langkah pertama hasil beberapa siri perbincangan berterusan daripada TLDM adalah dengan membina sebuah jeti yang dapat menghubungkan ke Ex KD Rahmat, sekaligus memudahkan proses pengecaman masalah kapal dan sebagainya.

 

 


“Langkah seterusnya pula perancangan masa depan bagi mengenalpasti kedudukan terbaik kapal itu selain memastikan cara terbaik menjaga kapal itu berdasarkan kedudukannya buat masa ini,”kata Zambry.

Beliau berkata demikian selepas sesi lawatan ke Hospital Angkatan Tentera TLDM, pada Jumaat.

Tambah Zambry beberapa langkah teknikal akan dilaksanakan setelah mengambil keputusan penilaian daripada jawatankuasa TLDM yang sentiasa proaktif dalam memberikan perkembangan lanjut mengenai proses baikpulih kapal berkenaan.

 

Pada masa sama, beliau juga meminta syarikat swasta yang dipertangunggjawabkan bagi menjaga kapal tersebut memenuhi segala janji yang telah dinyatakan sebelum ini.

“Saya akan minta pihak TLDM dan Datuk Nolee, EXCO bertanggungjawab untuk memantau dan membuat pengumuman dari masa ke masa sekiranya terdapat perkembangan baru berkenaan Ex KD Rahmat ini,” katanya lagi.

Untuk rekod, syarikat Plus Asiajaya Perak (PAP), syarikat kontraktor yang dipertanggungjawabkan bagi membaik pulih dan menyelenggara kapal tersebut, akan menanggung segala kos operasi terlibat dalam memastikan keselamatan kapal, selain mengelakkan kejadian berulang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");