Sukan Hari Ini

Kembali Ke United, Apa Kata Ronaldo?

PENYOKONG Manchester United diminta tidak kecewa dengan kenyataan pemain bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Ini kerana bekas pemain United ini menegaskan bahawa dia tidak berhasrat untuk kembali ke kelab lamanya itu.

Memetik laporan Metro, Ronaldo dilaporkan tidak akan kembali ke United, kelab Liga Perdana Inggeris yang pernah disertainya pada 2003 hingga 2009.

Pemain dari Portugal ini juga sering dikaitkan dengan perpindahan semula Old Trafford, dengan wakil presiden United, Ed Woodward, turut mengakui Ronaldo menjadi sasaran utama.

Dari segi kos, United juga dilihat keberatan mengeluarkan belanja besar untuk bekas bintangnya itu. Metro melaporkan untuk mendapatkan Ronaldo, mereka memerlukan wang sehingga £150 juta.

Ditambah pula Ronaldo baru saja membawa Real meraih trofi Liga Juara-Juara 2017 dan La Liga, ia dilihat akan terus ‘mengikat’nya di kelab itu.

Dua gol yang dijaringkannya di perlawanan final menantang Juventus melengkapkan koleksi gol sepanjang kariernya menjadi 600.

“Jelas saya mahu kekal di sini. Saya fikir saya akan bersara di Real Madrid,” kata Ronaldo tahun lepas.

Kemudian pada musim panas ini dia berkata mahu bermain sehingga usia 40: “Saya akan bersara dari Madrid apabila saya berusia 40 tahun. Saya amat gembira di sini dan saya bekerja keras untuk mencapai tahap ini.”

-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");