Perak Hari Ini

Kepala Kanak-Kanak Tersepit Pada Lubang Katil Urut

IPOH:Seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit apabila kepalanya tersepit di dalam lubang sebuah katil urut dalam kejadian yang berlaku pagi tadi.

Menurut Sumber Jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 11.17 pagi tadi di Jalan Termenggong Taman Ros Pasir Puteh di sini.

“Kepala kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu didapati tersepit pada lubang katil urut,” katanya.

Pihak penyelamat katanya, telah menggunakan gunting dan pisau bagi memotong kulit PVC dan span di sekeliling lubang katil tersebut.

Bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada penjaganya.

Operasi menyelamat tamat pada 12.05 tengah hari tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");