Perak Hari Ini

Lebih 20 Ribu Hadir Rumah Terbuka MB, Bukti Keharmonian Malaysia

IPOH: Lebih 20 ribu orang pengunjung membanjiri Kediaman Menteri Besar Perak bersempena Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak Tahun 2017, pada Ahad.

Zambry berkata pertambahan pengunjung berbanding pada tahun lepas iaitu kira-kira 15 ribu ini, merupakan bukti keharmonian kaum di Perak, dan Malaysia amnya.

“Inilah contoh keamanan dan keharrmonian yang ada di negara kita kerana seperti dapat kita saksikan pada hari ini, kehadiran melibatkan dari pelbagai kaum dan agama.

“Mungkin di tempat-tempat negara lain ada suasana seperti ini namun, semangat yang ditunjukkan dari kepelbagian kaum yang hadir pada hari ini adalah contoh terbaik”.

“Saya juga berharap keharmonian ini dapat dikekalkan dan dijadikan contoh kepada generasi akan datang”, katanya.

Tambah beliau, pertambahan jumlah kehadiran pada tahun ini, iaitu kira-kira 15 ribu berbanding kehadiran pada tahun lepas mungkin disebabkan faktor kemudahan pengangkutan awam seperti bas Perak Transit percuma dan sokongan dari pihak Uber Malaysia.

Rumah terbuka ini juga turut diserikan dengan kehadiran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta kerabat diraja.

Selain itu tetamu turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan majlis juga dipengacarkan oleh pelawak terkenal tanah air iaitu Wahid dan Hamdan dari kumpulan Senario.

Maskot karakter kartun Upin dan Ipin serta kartun animasi Smurf dan Boboiboy yang dibawakan oleh Movie Animation Park Studios (MAPS) turut mencuri tumpuan pengunjung khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");