Jenayah

Lelaki Ditahan Miliki Air Ketum

BATU GAJAH: Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hilir Perak telah menahan seorang lelaki dalam satu serbuan di Cenderong Balai pada Isnin.

Hasil pemeriksaan mendapati, lelaki yang berusia dalam lingkungan 49 tahun itu memilik cecair Air Ketum yang di anggarkan isipadu sebanyak 12,000 mililiter.

Selain itu, turut dirampas alat-alat bagi memproses cecair ketum dan juga 190 batang anak benih yang disyaki anak Pokok Ketum.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, Asisten Komisioner Polis (ACP), Ravi Chandran Ramachandran berkata semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah.

Walau bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");