Sukan Hari Ini

Lyon mahu simpan Lacazette

Alexandre Lacazette akan kekal sebagai pemain Lyon melainkan kelab itu berjaya mencari pengganti, kata presiden kelab, Jean-Michel Aulas.

Pemain antarabangsa Perancis itu meledak 28 gol musim lalu dalam Ligue 1 dan dijangka berhijrah ke Atletico Madrid sebelum Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) tidak membenarkan Atletico terlibat dalam sebarang aktiviti jual beli.

Aulas, yang meletakkan tanda harga GBP65 juta terhadap pemain itu, mengesahkan bahawa Lyon akan mengadakan pertemuan bersama Lacazette bagi membincangkan masa depan pemain itu.

“Hari ini, kami memutuskan bahawa selagi kami gagal mencari pengganti, selagi itu Lacazette akan terus bersama kami,” katanya dalam satu sidang media.

“Dia mahu berhijrah tetapi kami akan membincangkan mengenai perkara ini.”

Sementara itu, Bertrand Traore telah menandatangani kontrak bernilai €10juta (RM47 juta) untuk menyertai Lyon, dengan pengendali, Bruno Genesio, yakin penyertaan bekas pemain Chelsea itu seakan-akan suntikan nafas baru buat skuad negara.

“Dia memiliki kepantasan dan bijak dalam memburu gol. Dia mampu bermain di posisi berbeza,” katanya.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");