Jenayah

Tangki Lori Bawa Asid Bocor

SITIAWAN: Sebuah lori tangki membawa asid hidroklorik mengalami kebocoran di sebuah stesen minyak di Batu 6 Lekir di sini, jam 3.30 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan menerima panggilan jam 3.36 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi mendapati lori tangki yang membawa muatan asid hidroklorik itu mengalami kebocoran dan berasap.

“Pasukan HAZMAT (Unit Bahan Berbahaya) dimaklumkan untuk membantu operasi dan pemantauan dijalankan oleh anggota di lokasi,” katanya.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");