Perak Hari Ini

MB Tegur Pemaju

PARIT BUNTAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegur sikap segelintir pemaju serta kontraktor yang terlibat dengan projek-projek berkepentingan awam agar menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri.

Katanya, sekiranya tiada sebarang kerjasama berhubung dengan projek-projek seperti ini maka ia sedikit sebanyak akan memberi impak kepada kerajaan negeri.

“Kita tidak mahu bebanan dari projek-projek sebegini, yang sebenarnya bukan projek kerajaan negeri, tetapi kerajaan negeri terpaksa menanggung kos-kos lain termasuklah kos politik.

“Rakyat marah, dan apabila rakyat marah, rakyat mengatakan kerajaan negeri Perak yang bertanggungjawab atas semua perkara ini akibatnya mereka membenci kerajaan negeri”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada  Majlis Pelancaran Cek Ex-Gratia, Projek Landasan Berkembar Elektrik, Dari Ipoh Ke Padang Besar, yang diadakan di Dewan Seri Kerian, dekat sini.

 

Teguran dibuat susulan polemik antara pihak MMC-Gamuda Joint Venture dengan penduduk Taman Setia Jaya, Taman Damai dan Taman Seri Wangsa, Kerian, pada April 2009.

Hal ini berlarutan kerana empat daripada 57 pemilik rumah dari Taman Setia Jaya tidak bersetuju dengan nilai tawaran ex-gratia yang akhirnya melewatkan proses pemberian pampasan.

Lebih memburukkan keadaan apabila kesan dari pembinaan landasan ini telah mendatangkan banjir di kawasan setempat sekitar.

Hasil dari program pemukiman Menteri Besar Perak sebelum ini, akhirnya ia dapat diselesaikan di mana wang pampasan diberi terlebih dahulu kepada pemilik rumah yang bersetuju.

“Kita selesaikan mana yang setuju dahulu, bagi yang tidak bersetuju, perkara itu akan diselesaikan kemudian,” katanya.

 

Pagi tadi seramai 57 pemilik rumah dari tiga buah taman perumahan berkenaan menerima pampasan yang kesemuanya berjumlah RM 262,600.


Nilai pampasan tersebut berdasarkan nilaian dari Bahagian Kejuruteraan Awam dan Selenggara, Jabatan Kerja Raya Negeri Pera

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");