Sukan Hari Ini

Mihajlovic Mahu Donnarumma Terus Bersama Milan

SINISA Mihajlovic menegaskan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma perlu kekal dan memperkembangkan kualitinya bersama AC Milan.

Donnarumma telah mencetus kemarahan penyokong Milan selepas mendedahkan dia enggan memperbaharui kontrak yang bakal tamat pada 2018.

Penjaga gol berusia 18 tahun itu telah dihujani duit palsu ketika beraksi untuk Itali dalam saingan Euro Bawah 21 tahun ketika berdepan Denmark, pada Ahad.

Mihajlovic yang kini merupakan pengendali Torino memberikan penampilan pertama Donnarumma dalam saingan Serie A pada 2015 dan percaya penjaga gol itu harus kekal di Milan.

“Donnarumma seorang penjaga gol yang bagus, tetapi dia masih muda,” kata Milhajlovic.

“Untuk menjadi jaura, anda merupakan berkembang dalam suasana yang positif yang dapat membantunya.

“Tidak perlu terburu-buru, walaupun saya memahami ejennya [Mino Raiola] yang mengaturkan setiap pergerakannya.

“Saya mahu dia kekal di Milan, mempertingkatkan mutu permainannya dan saya berpendapat kelab telah menawarkan jumlah wang yang besar untuk melanjutkan kontraknya.

“Kini separuh daripada rakyat Itali menentangnya dan ia akan menjadi kesukaran buat dirinya sendiri.”

Donnarumma kini telah membuat empat penampilan senior buat skuad Itali, dan beraksi hampir 70 kali untuk Milan dalam saingan Serie A.

-STADIUM ASTRO
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");