Jenayah

Miliki Logo Daesh, Juruteknik Komputer Dipenjara Setahun

KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik komputer yang mengaku salah memiliki tujuh logo berkaitan kumpulan pengganas Daesh tahun lalu, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Nordin Hassan memerintahkan Mohammad Hakimin Azman, 31, menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh dia ditangkap, iaitu pada 25 September 2016.

Nordin dalam penghakimannya, berkata hukuman itu dikenakan selepas mahkamah menimbangkan bahawa gambar dimiliki tertuduh adalah logo semata-mata dan tidak berbentuk militan atau mengajak orang lain menyertai kumpulan pengganas.

Hakim turut menasihatkan Mohammad Hakimin supaya tidak terbabit dengan kegiatan Daesh kerana kumpulan itu sudah diwartakan sebagai kumpulan pengganas.

Mohammad Hakimin didakwa memiliki tujuh logo berkaitan pengganas di Pejabat Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Daerah Batu Gajah, Jalan Haji Abdul Wahab, Kinta, Perak, pada jam 12 tengah hari, 25 September 2016.

Bapa dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Munirah Shamsudin @ Baharum manakala peguam Mohd Zamri Ibrahim bertindak bagi pihak tertuduh.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");