Sukan Hari Ini

Mustafi Mahu Sanchez Kekal Bersama Arsenal

PERTAHANAN Arsenal, Shkodran Mustafi, berharap Alexis Sanchez akan kekal bersama The Gunners bagi saingan musim hadapan.

Mustafi dan Sanchez akan bertemu dalam saingan pada awal pagi Jumaat ketika Jerman berdepan Chile dalam saingan Piala Konfederasi di Russia.

Tetapi spekulasi melibatkan masa depan Sanchez menjadi perbualan utama, dengan kontrak bintang Chile itu bakal tamat tahun hadapan.

Mustafi mahu penyerang berusia 28 tahun itu kekal di Stadium Emirates.

“Saya berharap dia kekal bersama The Gunners,” katanya.

“Dia seorang pemain yang luar biasa. Pada saya, dia merupakan antara pemain terbaik di dunia. Saya memiliki pengalaman dengan beberapa pemain yang memiliki keinginan yang sama seperti Sanchez.

“Setiap kali dia mengawal bola, semua orang mengetahui sesuatu akan berlaku.”

Sanchez telah menjaringkan 24 gol untuk Arsenal bagi musim 2016-17 tetapi skuad kendalian Arsene Wenger sekadar menamatkan saingan di tangga kelima dan terlepas daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL).

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");