Jenayah

Myvi ‘Penyek’ Di Pembahagi Jalan, Mangsa Tersepit

BEBERAPA gambar memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning remuk teruk dan ‘penyek’ di atas pembahagi jalan akibat terlibat dalam nahas kini menjadi tular di laman sosial.

Kemalangan ngeri itu dilaporkan berlaku berhampiran Jambatan Bukit Lintang, Melaka, pagi Jumaat tadi.

Menurut sumber bomba, seramai empat mangsa lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an dilaporkan tersepit dalam kenderaan tersebut.

Berikutan itu, usaha-usaha menyelamatkan kesemua mangsa telah dijalankan.

Kesemua mangsa yang mengalami cedera parah telah dihantar ke Hospital Besar Melaka.

Difahamkan, kemalangan berpunca selepas Myvi tersebut terbabas lalu melanggar pembahagi jalan. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");