Sukan Hari Ini

Nadal Lepasi Halangan Haase

JAGUH Sepanyol, Rafael Nadal mara ke pusingan ketiga Terbuka Perancis selepas menundukkan Robin Haase 6-1, 6-4, 6-3 dalam aksi penuh mendebarkan.

“Saya fikir saya bermain dengan baik. Saya fikir saya sudah melakukan yang terbaik petang ini,” kata Nadal.

Aksi Nadal ternyata menarik perhatian penonton yang hadir dengan ada di antara mereka menyifatkan kehadiran mereka pada perlawanan itu amat berbaloi.

“Saya cuba untuk tidak berfikir terlalu banyak dan perlawanan itu berjalan dengan lancar,” katanya.

Nadal akan bertemu pemain Georgia, Nikoloz Basilashvili pada pusingan ketiga.

Pada masa sama, Nadal turut menafikan cakap-cakap bahawa bapa saudaranya, Toni akan meletak jawatan sebagai jurulatihnya.

Rakan lama Nadal dan juga bekas pemenang Roland Garros, Carlos Moya dan bekas pemain tenis, Francisco Roig akan mengambil alih tugas sebagai jurulatih sepenuh masa pemain itu manakala Toni akan bertindak membantu mereka.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");