Membawang Hari Ini

Nak Jadi Celine Dion!

Luar biasa! Aksi seorang kanak-kanak, Celine Tam, berusia 9 tahun ketika di sesi ujibakat program realiti popular pencarian bakat, America’s Got Talent 2017 baru-baru ini cukup memukau sekaligus mencuri tumpuan para juri serta penonton bukan saja di Amerika malah seluruh dunia.

Ketika tampil di pentas, Celine yang petah berkata-kata memberitahu bahwa ibu bapanya sangat meminati penyanyi terkenal Celine Dion. Kerana itu juga ibu bapanya menamakannya Celine. Malah adik perempuanya pula diberi nama Dion.

Kemudian salah seorang juri, Mel B bertanyakan kepada anak pasangan dari Hong Kong ini bagaimana dia mula menyedari bahwa dia mempunyai suara yang bagus.

Kata Celine, satu hari ketika bapanya sedang memandu tiba-tiba dia menyanyikan lagu My Heart Will Go On dan bapanya terkejut mendengar dia menyanyi.

“Bapa saya sedang memandu dan saya tiba-tiba menyanyi lagu My Heart Will Go On. Dan bapa saya berkata wow!,” katanya.

Lalu Mel berkata, “Itu lagu Celine Dion…” Kemudian kanak-kanak itu menjawab, “Ya”

Simon Cowell yang dari tadi hanya memerhati lantas mencelah, “Kita semua tahu Mel… ia lagu Celine Dion.

“Ya saya tahu”, kata Mel dan kemudia terus sambung bertanya kepada Celine, “Muzik yang bagaimana yang kamu suka?”

Belum sempat Celine menjawab, Simon terlebih dahulu berkata, “Celine Dion!” dan si cilik itu mengiyakannya sambil kedengaran gelak tawa para penonton.

“Apa impian kamu?”, Mel B bertanya lagi. “Menjadi seperti Celine Dion” celah Simon lalu Celine sekali lagi mengiyakan.

Kemudian giliran Simon pula bertanya, “Celine, lagu siapa yang kamu akan nyanyikan?” Celine Dion, jawab kanak-kanak itu. Sekali lagi suasana gamat dengan gelak penonton.

Saat Celine melakukan persembahan, dia bukan saja membuat seluruh yang berada di situ meremang bulu roma bahkan dia mendapat ‘standing ovasion’ daripada para penonton.

Video persembahannya yang dimuat naik di YouTube kini sudah mencecah lebih 9 juta tontonan.- MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");